Kerjaya antarabangsa Adrien_Rabiot

Pada 13 Ogos 2013 iaitu ketika baru berusia 18 tahun, Rabiot tampil dalam penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-21 Perancis dalam perlawanan persahabatan menentang Jerman yang tamat seri 0-0. Beliau bersiap sedia untuk skuad Euro 2016[12] tetapi beliau tidak dipanggil untuk skuad terakhir.

Rabiot melakukan penampilan pertamanya untuk pasukan kebangsaan Perancis pada 15 November 2016 ketika perlawanan persahabatan menentang Ivory Coast.[13][14] Pada 17 Mei 2018, beliau disenaraikan ke dalam pemain simpanan oleh Didier Deschamps bagi skuad Piala Dunia 2018.[15] Walau bagaimanapun, beliau menolak untuk dimasukkan ke dalam senarai tersebut dengan menghantar e-mel kepada jurulatih dan menyatakan bahawa beliau "tidak mampu untuk mengikuti program latihan". Presiden Persekutuan Bola Sepak Perancis, Noël Le Graët lantas komen: "Dia (Rabiot) telah melakukan keputusan buruk. Dia menghukum dirinya sendiri dan memberi hukuman sendiri."[16]

Rujukan

WikiPedia: Adrien_Rabiot http://www.espnfc.com/french-ligue-1/match/424452/... http://www.foxsports.com/soccer/story/paris-saint-... http://www.foxsportsasia.com/news/rabiot-i-think-m... http://www.goal.com/en-gb/match/lille-vs-psg/20458... http://www.goal.com/en-gb/match/psg-vs-lille/21957... http://www.juventus.com/it/news/news/2019/--bient-... http://www.national-football-teams.com/v2/player.p... http://en.uefa.com/teamsandplayers/players/player=... http://www.uefa.com/uefachampionsleague/season=201... http://www.psg.fr/fr/Equipe-Pro/300002/Fiche-Joueu...